Sign In

Cosmetics products found adulterated/ Produk kosmetik didapti tercemar

English


 

The Ministry of Health would like to alert members of the public to three cosmetic products, which have been tested by the laboratory of Drug Quality Control Section, Department of Pharmaceutical Services Ministry of Health and found to be adulterated with undeclared substances. 

The products were found through post-marketing surveillance activities conducted by the Pharmacy Enforcement Section at retail outlets.


The affected cosmetic products are listed below:



 

The adulterants found in these products can cause adverse effects that are potentially hazardous to the people using them.


Both hydroquinone and tretinoin are potent ingredients used in western prescription medicines to treat skin conditions and is prohibited in skincare cosmetic products under the Medicines (Cosmetic Products) Regulations.


The unsupervised use of Hydroquinone may cause skin hypersensitivity, skin discolouration resulting in gradual darkening of the affected skin area and an increased risk of skin cancer. 


The inappropriate use of tretinoin could lead to redness, peeling and scarring of the skin.


Mercury is a potent ingredient that is prohibited in cosmetic products as stipulated in the Medicines (Cosmetic Products) Regulations 2007.


Mercury is prohibited in cosmetic products due to its hazardous effects on human health. It is readily absorbed through the skin on topical application and tends to accumulate in the body. Exposure to mercury can cause skin rashes, memory loss and muscle weakness while high exposures may result in damage to the brain and kidneys. It is also extremely toxic to unborn children.


The Ministry of Health has not issued any approval for the importation and/or Cosmetic Notification Acknowledgement Letter for the sale of these products. Following these findings, the products are not allowed to be imported and sold in Brunei Darussalam.


Members of the public who have purchased or used these products are advised to stop using them immediately. They should also consult a medical practitioner if they feel unwell or experience any undesirable reactions as a result of using them.


Members of the public involved in the retail of these products (including online retail such as through Facebook, etc.) are hereby reminded that it is an offence under the Medicines (Cosmetic Products) Regulations, 2007 to import and market cosmetic products in the local market without a Cosmetic Product Notification Acknowledgement Letter issued by the Authority, where the penalty for contravening these regulations upon conviction, is a fine not exceeding $5,000, imprisonment for a term not exceeding two years or both.


The Ministry of Health would also like to call upon the public for their cooperation to report to the Pharmacy Enforcement Section if any of these products are still found on the market in this country. 


For further information and communication, the public may contact the Pharmacy Enforcement Section at 2393298 extension 208, send an e-mail to pharmacy.enforcement@moh.gov.bn or go directly to 1st Floor, Department of Pharmaceutical Services’ Building, Kg. Madaras, Mukim Gadong A


 


 


 

Bahasa Melayu


 

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan tiga produk kosmetik yang mana hasil dari ujian makmal Bahagian Kawalan Mutu Ubat, Jabatan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan telah mendapati bahawa produk tersebut dicemari dengan bahan terlarang yang tidak diisytiharkan. 


Produk berkenaan telah didapati melalui aktiviti pemantauan semasa pasaran yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi di kedai-kedai runcit.


Produk kosmetik  berkenaan adalah seperti berikut:




Bahan-bahan pencemar dalam produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.


Hydroquinone dan tretinoin adalah bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi bagi merawat penyakit kulit dan ianya dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik penjagaan kulit di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik). 


Penggunaan Hydroquinone tanpa pengawasan boleh menyebabkan perubahan warna kulit, hipersensitiviti, bahagian kulit yang disapu menjadi biru-hitam atau gelap serta boleh meningkatan risiko kanser kulit.


Penggunaan tretinoin yang tidak betul boleh menyebabkan kulit yang disapu menjadi kemerahan, mengelupas dan parut pada kulit.


Merkuri adalah bahan yang dilarang dalam produk kosmetik seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik) 2007.


Penggunaan merkuri di dalam produk kosmetik adalah dilarang kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Tahap merkuri yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh meyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Anak damit  dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan dari pengguna; yang boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau anak damit yang belum dilahirkan.


Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan mengeluarkan Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik bagi penjualan produk-produk tersebut.  Berikutan dapatan ini, produk-produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.


Orang ramai yang telah menggunakan produk-produk tersebut adalah dinasihatkan untuk memberhentikan pemakaiannya dengan serta merta. Jika mereka mengalami kesan advers dan merasa tidak sihat selepas menggunakan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera.  


Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa ianya adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 untuk mengimport dan memasarkan produk kosmetik dipasaran tempatan tanpa Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa di Kementerian Kesihatan, dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi $5,000 penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.


Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini.


Untuk maklumat lanjut dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi melalui talian telefon 2393298 sambungan 208, menghantar e-mel kepada pharmacy.enforcement@moh.gov.bn atau berjumpa terus Pegawai Penguatkuasaan Farmasi di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kg Madaras, Mukim Gadong A.



 

Attachments